Saturday 18 January 2014

PENYERAHAN BANTUAN MANGSA BANJIR

   Hari ni me bangun pukul 7:30a.m.. Bersemangat sungguh me hari ni sebab me ade dating ngan Perdana Menteri Dato Seri Najib.. hehe.. Sebenarnya hari ini ada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Mangsa Banjir. Me merupakan salah seorang mangsa banjir jadi memang wajib excited laa kan! =)
 
   Me sampai pukul 10.30a.m di tempat yang di janjikan. Ramai sungguh orang yang menerima bantuan banjir hari ini. Me di fahamkan seramai 1500 keluarga dari Parlimen Pekan yang akan menerima sumbangan hari ini. Bila dah sampai, perkara pertama yang mesti di buat haruslah daftarkan nama dulu..
Dpt kupon.. Kalau kupon ni hilang, segala duit bantuan yang dapat tidak akan di serahkan.
   Perdana Menteri tiba pada pukul 12p.m.. Sebelum memulakan majlis, mestilah ada bacaan doa serta menyanyikan lagu wajib iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan juga lagu 1Malaysia. Setelah itu barulah PM kesayangan rakyat berucap. Banyak info2 yang di sampaikan oleh PM kita dan semestinya khabar gembira yang di bawa bersamanya. Di antara khabar gembira itu ialah :
  •             Duit bantuan banjir dari kerajaan - RM500
  •             Duit sumbangan dari Menteri Besar Pahang - RM250
  •             Peti sejuk (PM kata sediakan peti sejuk yang sama tinggi dengan beliau)
  •             Televisyen plasma - 12 inci
  •             Tilam
  •             Bantal - 2 bijik (utk elakkan berebut suami isteri.. hehe)

Sampul yang mengandungi duit bantuan .. =)

   Ucapan PM itu di sertai oleh tepukan gemuruh oleh semua rakyat Pahang dari Parlimen Pekan. Sesungguhnya kami menghargai segala sumbangan yang di berikan oleh PM ini. PM sendiri turun ke bawah pentas untuk mengagihkan sendiri sumbangan-sumbangan dan di bantu oleh menteri-menteri besar yang lain. Majlis berakhir pada pukul 1p.m dan PM pun di jemput untuk menjamu selera.. Kami pun bersurai....





No comments: