Saturday 18 January 2014

PENYERAHAN BANTUAN MANGSA BANJIR

   Hari ni me bangun pukul 7:30a.m.. Bersemangat sungguh me hari ni sebab me ade dating ngan Perdana Menteri Dato Seri Najib.. hehe.. Sebenarnya hari ini ada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Mangsa Banjir. Me merupakan salah seorang mangsa banjir jadi memang wajib excited laa kan! =)
 
   Me sampai pukul 10.30a.m di tempat yang di janjikan. Ramai sungguh orang yang menerima bantuan banjir hari ini. Me di fahamkan seramai 1500 keluarga dari Parlimen Pekan yang akan menerima sumbangan hari ini. Bila dah sampai, perkara pertama yang mesti di buat haruslah daftarkan nama dulu..
Dpt kupon.. Kalau kupon ni hilang, segala duit bantuan yang dapat tidak akan di serahkan.
   Perdana Menteri tiba pada pukul 12p.m.. Sebelum memulakan majlis, mestilah ada bacaan doa serta menyanyikan lagu wajib iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan juga lagu 1Malaysia. Setelah itu barulah PM kesayangan rakyat berucap. Banyak info2 yang di sampaikan oleh PM kita dan semestinya khabar gembira yang di bawa bersamanya. Di antara khabar gembira itu ialah :
  •             Duit bantuan banjir dari kerajaan - RM500
  •             Duit sumbangan dari Menteri Besar Pahang - RM250
  •             Peti sejuk (PM kata sediakan peti sejuk yang sama tinggi dengan beliau)
  •             Televisyen plasma - 12 inci
  •             Tilam
  •             Bantal - 2 bijik (utk elakkan berebut suami isteri.. hehe)

Sampul yang mengandungi duit bantuan .. =)

   Ucapan PM itu di sertai oleh tepukan gemuruh oleh semua rakyat Pahang dari Parlimen Pekan. Sesungguhnya kami menghargai segala sumbangan yang di berikan oleh PM ini. PM sendiri turun ke bawah pentas untuk mengagihkan sendiri sumbangan-sumbangan dan di bantu oleh menteri-menteri besar yang lain. Majlis berakhir pada pukul 1p.m dan PM pun di jemput untuk menjamu selera.. Kami pun bersurai....





Thursday 16 January 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

   Blogspot merupakan pengalaman baru bagi saya. Masa mula-mula nak buat dulu, saya hampir putus asa kerana banyak perkara asas saya tak faham dan susah nak buat. Akhirnya, setelah berkali-kali mencuba, saya berjaya juga memahami dan membuat sendiri mengikut tutorial-tutorial yang di berikan. Di sini saya hendak berkongsi 3 ilmu blogspot yang telah saya belajar. Rupanya ia cukup mudah untuk diikuti dan kita haruslah rajin untuk mencubanya ..

EFEK CSS3 - COOL BADGE UNTUK BLOGGER
Saya menggunakan cool badge ini untuk mengalu-alukan kedatangan pembaca ke blog saya. Efek ini nampak menarik dan saya menggunakan perkataan yang cukup ringkas.


KELOPAK BUNGA BERGUGURAN
   Saya berasa amat seronok sekali bila dapat membuat sendiri kelopak bunga berguguran ni mengikut tutorial yang di beri. Sebelum ni saya pelik bagaimana blogger-blogger ini menghasilkannya tetapi sekarang tidak lagi. Saya sudah pun mempraktikkannya di blog saya sendiri. Kita cuma perlu copy dan paste kod yang diberi ke dalam ruangan HTML/javascript ..

LETAK GAMBAR DI SIDE BAR
   Bagi para blogger yang inginkan blogger-blogger lain mengenali mereka, bolehlah menggunakan teknik ini untuk meletakkan gambar mereka. Cukup senang, semudah ABC .. =)
        i) Sign in blogger
       ii) Dashboard - layout - add a gadget - HTML/javascript
      iii) Copy dan paste kod di bawah di ruangan HTML/javascript
               <center><img src="URL gambar anda"/></center>

    Saya berharap dengan perkongsian blogspot saya yang tidak seberapa ini dapat membantu blogger-blogger baru seperti saya belajar sedikit demi sedikit. Banyak tutorial yang telah di sediakan untuk kita mempelajarinya dan selebihnya atas usaha kita untuk mencuba .. =)

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.comDikbee.comAbangEnsem.comEjamOthman.comSaji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.comMawardiYunus.comMiziSempoi.comDindaMaisarra.blogspot.comEcadwinkyasha.comTerbaek.netDuniaFarisya.comPaly.myPhat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my. 

Sunday 12 January 2014

MESRA MALL GIVEAWAY

   Me memang sukakan contest. Lagi-lagi contest di facebook. Me mula berjinak-jinak menyertai contest di facebook ni pada pertengahan bulan tahun 2013. Pada permulaan join to, me terus menang sekali dan akhirnya sampai sekarang me menyertai peraduan. Alhamdulillah, walaupun hadiah tak sebesar mana tapi banyak juga koleksi hadiah-hadiah yang dapat me kumpul.

   Dalam banyak-banyak peraduan, peraduan dari MesraMall yang me tengah berdebar-debar sekarang ni. Me merupakan pemenang mingguan ke-2. Maknanya me ada peluang untuk memenangi hadiah utamanya... 

Ha .. nampak x hadiah utamanya .. meriah gitu!

Ni antara pemenang-pemenang mingguan yang sememangnya hebat! Me no 2 to .. Puteri-puteriku berbaju putih .. =)

Hadiah untuk pemenang mingguan .. Me dapat baucer RM50 Popular Book Store dan 2 tiket wayang.

   Saat me tulis ni .. Mesra Mall belum umumkan siapakah 2 orang pemenang bertuah to .. Me da berusaha sehabis baik, sekarang cuma bertawakal jea .. Kalau rezeki me ada kat situ, alangkah bahagianya hidup .. hihi ..

   Apa-apa pun me dah pun bershopping dengan baucer yang me dapat to .. Cuma tiket wayang jea yang x di gunakan dan sudah pun habis tarikh tempohnya .. =)


Dapat laa satu beg free dengan harga RM49.80 .. Lagi 20sen burn ... hehe .. Kredit to me punye asben .. =)

Last sekali .. bilakah agaknya Mesra Mall nak umumkan pemenang ni .. kita tunguuuuu ... =)