Saturday, 18 January 2014

PENYERAHAN BANTUAN MANGSA BANJIR

   Hari ni me bangun pukul 7:30a.m.. Bersemangat sungguh me hari ni sebab me ade dating ngan Perdana Menteri Dato Seri Najib.. hehe.. Sebenarnya hari ini ada Majlis Penyerahan Bantuan kepada Mangsa Banjir. Me merupakan salah seorang mangsa banjir jadi memang wajib excited laa kan! =)
 
   Me sampai pukul 10.30a.m di tempat yang di janjikan. Ramai sungguh orang yang menerima bantuan banjir hari ini. Me di fahamkan seramai 1500 keluarga dari Parlimen Pekan yang akan menerima sumbangan hari ini. Bila dah sampai, perkara pertama yang mesti di buat haruslah daftarkan nama dulu..
Dpt kupon.. Kalau kupon ni hilang, segala duit bantuan yang dapat tidak akan di serahkan.
   Perdana Menteri tiba pada pukul 12p.m.. Sebelum memulakan majlis, mestilah ada bacaan doa serta menyanyikan lagu wajib iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Pahang dan juga lagu 1Malaysia. Setelah itu barulah PM kesayangan rakyat berucap. Banyak info2 yang di sampaikan oleh PM kita dan semestinya khabar gembira yang di bawa bersamanya. Di antara khabar gembira itu ialah :
  •             Duit bantuan banjir dari kerajaan - RM500
  •             Duit sumbangan dari Menteri Besar Pahang - RM250
  •             Peti sejuk (PM kata sediakan peti sejuk yang sama tinggi dengan beliau)
  •             Televisyen plasma - 12 inci
  •             Tilam
  •             Bantal - 2 bijik (utk elakkan berebut suami isteri.. hehe)

Sampul yang mengandungi duit bantuan .. =)

   Ucapan PM itu di sertai oleh tepukan gemuruh oleh semua rakyat Pahang dari Parlimen Pekan. Sesungguhnya kami menghargai segala sumbangan yang di berikan oleh PM ini. PM sendiri turun ke bawah pentas untuk mengagihkan sendiri sumbangan-sumbangan dan di bantu oleh menteri-menteri besar yang lain. Majlis berakhir pada pukul 1p.m dan PM pun di jemput untuk menjamu selera.. Kami pun bersurai....





Thursday, 16 January 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

   Blogspot merupakan pengalaman baru bagi saya. Masa mula-mula nak buat dulu, saya hampir putus asa kerana banyak perkara asas saya tak faham dan susah nak buat. Akhirnya, setelah berkali-kali mencuba, saya berjaya juga memahami dan membuat sendiri mengikut tutorial-tutorial yang di berikan. Di sini saya hendak berkongsi 3 ilmu blogspot yang telah saya belajar. Rupanya ia cukup mudah untuk diikuti dan kita haruslah rajin untuk mencubanya ..

EFEK CSS3 - COOL BADGE UNTUK BLOGGER
Saya menggunakan cool badge ini untuk mengalu-alukan kedatangan pembaca ke blog saya. Efek ini nampak menarik dan saya menggunakan perkataan yang cukup ringkas.


KELOPAK BUNGA BERGUGURAN
   Saya berasa amat seronok sekali bila dapat membuat sendiri kelopak bunga berguguran ni mengikut tutorial yang di beri. Sebelum ni saya pelik bagaimana blogger-blogger ini menghasilkannya tetapi sekarang tidak lagi. Saya sudah pun mempraktikkannya di blog saya sendiri. Kita cuma perlu copy dan paste kod yang diberi ke dalam ruangan HTML/javascript ..

LETAK GAMBAR DI SIDE BAR
   Bagi para blogger yang inginkan blogger-blogger lain mengenali mereka, bolehlah menggunakan teknik ini untuk meletakkan gambar mereka. Cukup senang, semudah ABC .. =)
        i) Sign in blogger
       ii) Dashboard - layout - add a gadget - HTML/javascript
      iii) Copy dan paste kod di bawah di ruangan HTML/javascript
               <center><img src="URL gambar anda"/></center>

    Saya berharap dengan perkongsian blogspot saya yang tidak seberapa ini dapat membantu blogger-blogger baru seperti saya belajar sedikit demi sedikit. Banyak tutorial yang telah di sediakan untuk kita mempelajarinya dan selebihnya atas usaha kita untuk mencuba .. =)

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.comDikbee.comAbangEnsem.comEjamOthman.comSaji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.comMawardiYunus.comMiziSempoi.comDindaMaisarra.blogspot.comEcadwinkyasha.comTerbaek.netDuniaFarisya.comPaly.myPhat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my. 

Sunday, 12 January 2014

MESRA MALL GIVEAWAY

   Me memang sukakan contest. Lagi-lagi contest di facebook. Me mula berjinak-jinak menyertai contest di facebook ni pada pertengahan bulan tahun 2013. Pada permulaan join to, me terus menang sekali dan akhirnya sampai sekarang me menyertai peraduan. Alhamdulillah, walaupun hadiah tak sebesar mana tapi banyak juga koleksi hadiah-hadiah yang dapat me kumpul.

   Dalam banyak-banyak peraduan, peraduan dari MesraMall yang me tengah berdebar-debar sekarang ni. Me merupakan pemenang mingguan ke-2. Maknanya me ada peluang untuk memenangi hadiah utamanya... 

Ha .. nampak x hadiah utamanya .. meriah gitu!

Ni antara pemenang-pemenang mingguan yang sememangnya hebat! Me no 2 to .. Puteri-puteriku berbaju putih .. =)

Hadiah untuk pemenang mingguan .. Me dapat baucer RM50 Popular Book Store dan 2 tiket wayang.

   Saat me tulis ni .. Mesra Mall belum umumkan siapakah 2 orang pemenang bertuah to .. Me da berusaha sehabis baik, sekarang cuma bertawakal jea .. Kalau rezeki me ada kat situ, alangkah bahagianya hidup .. hihi ..

   Apa-apa pun me dah pun bershopping dengan baucer yang me dapat to .. Cuma tiket wayang jea yang x di gunakan dan sudah pun habis tarikh tempohnya .. =)


Dapat laa satu beg free dengan harga RM49.80 .. Lagi 20sen burn ... hehe .. Kredit to me punye asben .. =)

Last sekali .. bilakah agaknya Mesra Mall nak umumkan pemenang ni .. kita tunguuuuu ... =)

Sunday, 8 December 2013

BANJIR DI PEKAN PAHANG

   Dah hampir 5 tahun me menetap di kampung ni. Tak pernah-pernah air masuk dalam rumah. Tapi Allah itu Maha Berkuasa kann. Tahun 2013 ni DIA mahu menguji hambanya ....

   Pada 3 Disember ari tu, rumah me di masuki air dek kerana hujan x berhenti. Memang panik juga jadinya sebab me ada 2 orang anak. Asben pun mengambil keputusan untuk bejumpa dengan tok 4 kampung untuk mengelakkan kejadian yang x diingini. Malangnya, tok 4 kampung tiada di rumah. Ke Kolumpo kata bininya. Bininya pulak menyuruh kami berjumpa dengan JKK untuk menyelesaikan masalah ni. Malangnya lagi, JKK x tau apa yang perlu di buat!! Panas ati masa tu memang Tuhan jea laa yang tau....

   Last-last asben mengambil keputusan untuk terus berjumpa dengan polis kampung. Barulah settle masalah..... Pihak polis pun datang ke rumah untuk tengok rumah kami..

Da ciap angkat barang ke tempat lebih tinggi.. Mase ni air belum masuk rumah lagi..

Air da mula masuk rumah lahhh ....

Ni keadaan dalam bilik. Da masuk air jugak... =(

Kat dapur. Air da paras buku lali ..

   Malam tu jugak kami di pindahkan dengan bantuan anggota polis.. Kami di tempatkan di Sek, Keb. Sinar Mutiara, Batu 9, Sungai Miang...

Ramai makcik-makcik satu kelas dengan me.. Haa tengoklaa makcik yang terbaring tu.. Xtaw laa kenapa dia gitu..

Hari ke 2 kat sini, PM datang melawat bersama isterinya ...

PM kita, Dato Seri Najib bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih PM kerana sudi datang melawat walaupun sekejappp ...

   Me duduk di sini sebagai mangsa banjir selama 5 hari. X dinafikan memang banyak sangat kelemahan di pusat penempatan banjir ni. Tapi xpelahh, asalkan me dan keluarga selamat sudahhh.. Syukur Alhamdulillah .. Sekarang me dekat rumah.. Kena laa plak settle kan air-air dalam rumah ni. Hujan pun dah xde dan cuaca pun da ok.. Jomlaa ye kite berkemas.. hehehe~

Friday, 15 November 2013

JALEN (SEMESTINYA PILIHAN ANDA)

Assalammualaikum .. Kali ni http://jalensb.blogspot.com/ ada buat peraduan untuk memenangi diari dan buku nota JALEN 2014. Saya berminat untuk menyertai kerana saya merupakan salah seorang pengguna setia produk Jalen ni. Saya menggunakan kicap dari keluaran Jalen. Kalau makan nasi tu, cukup berlaukkan telur dadar dan kicap Jalen je memang confirm saya akan tambah 2 pinggan! hehe.. jangan x percaya taw .. Lagipun harga kicap Jalen ni memang murah x macam kicap lain ada yang sampai Rm5.++. Aishh .. Mahal sangat ..

Ok.. Bila dah jadi pengguna setia tu, mesti kita nak taw serba sedikit pasal produk ni dan sejarah awal penubuhannya kan.. Jalen Sdn Bhd merupakan 100% keluaran bumiputera. Info lain anda boleh baca di sini : https://www.facebook.com/JalenMalaysia/info 

Selain itu, Jalen juga mengeluarkan pelbagai lagi produk-produk yang terbaik dari ladang.. =) Bukan kicap jea taw.. Haa .. bolek klik sini untuk tengok apa lagi produk-produk dari Jalen ni .. http://www.jalen.com.my/usr/product.aspx?pgid=4

Memandangkan Jalen semakin di minati dan di kenali, maka banyaklah cawangan yang di bina di Malaysia ni .. Antaranya :
Ok .. Harapan saya semoga Jalen Sdn Bhd terus maju dan berkembang bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara .. Jom support barangan bumiputera! =)

Wednesday, 6 November 2013

EPHYRA IDAMAN SAYA

Bismillahirahmannirrahim ... Assalammualaikum ...
Alhamdulillah .. Akhirnya siap juga blog saya ni .. Ini adalah kali pertama saya buat blog. Tujuan saya buat blog adalah semata-mata nak join contest yang hadiahnya memang best .. =)
Saya teringin untuk memiliki dan mencuba EPHYRA kerana ia memang terbukti berkesan untuk kulit lebih cerah dan glowing .. Lagi-lagi bila tengok artis kesayangan saya, Memey Suhaiza pun menggunakan produk ni ..
Memang cantik sangat-sangat kann!

Untuk pengetahuan semua, termasuk saya .. Ephyra ini menggunakan 9 Keajaiban alam semulajadi ..


Selepas menggunakan Ephyra, kita akan mendapat kesan nyata seperti di bawah :

Ephyra juga mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.Jom kita baca! =)
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=152867471578756&set=a.111953452336825.1073741828.111942045671299&type=1&theater

Kita juga tak perlu risau kerana Ephyra ini mempunyai sijil pengesahan halal.


Banyak lagi kelebihan yang ada pada EPHYRA .. Haa, jangan tak tau .. EPHYRA juga sesuai untuk lelaki! Tak pecaya? Ini buktinya ...

Haa .. lepas ni ramai lettteww lelaki-lelaki nak jadi macam abang hensem ni kann .. huhuhu .. Oke laa ....

Tak lupa juga contest ini dianjurkan oleh  Eyriqazz.com dan di taja oleh OceanLife2u.com

"Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan .. "

Sekian, terima kasih .. =)