Sunday 8 December 2013

BANJIR DI PEKAN PAHANG

   Dah hampir 5 tahun me menetap di kampung ni. Tak pernah-pernah air masuk dalam rumah. Tapi Allah itu Maha Berkuasa kann. Tahun 2013 ni DIA mahu menguji hambanya ....

   Pada 3 Disember ari tu, rumah me di masuki air dek kerana hujan x berhenti. Memang panik juga jadinya sebab me ada 2 orang anak. Asben pun mengambil keputusan untuk bejumpa dengan tok 4 kampung untuk mengelakkan kejadian yang x diingini. Malangnya, tok 4 kampung tiada di rumah. Ke Kolumpo kata bininya. Bininya pulak menyuruh kami berjumpa dengan JKK untuk menyelesaikan masalah ni. Malangnya lagi, JKK x tau apa yang perlu di buat!! Panas ati masa tu memang Tuhan jea laa yang tau....

   Last-last asben mengambil keputusan untuk terus berjumpa dengan polis kampung. Barulah settle masalah..... Pihak polis pun datang ke rumah untuk tengok rumah kami..

Da ciap angkat barang ke tempat lebih tinggi.. Mase ni air belum masuk rumah lagi..

Air da mula masuk rumah lahhh ....

Ni keadaan dalam bilik. Da masuk air jugak... =(

Kat dapur. Air da paras buku lali ..

   Malam tu jugak kami di pindahkan dengan bantuan anggota polis.. Kami di tempatkan di Sek, Keb. Sinar Mutiara, Batu 9, Sungai Miang...

Ramai makcik-makcik satu kelas dengan me.. Haa tengoklaa makcik yang terbaring tu.. Xtaw laa kenapa dia gitu..

Hari ke 2 kat sini, PM datang melawat bersama isterinya ...

PM kita, Dato Seri Najib bersalaman dengan mangsa-mangsa banjir.

Terima kasih PM kerana sudi datang melawat walaupun sekejappp ...

   Me duduk di sini sebagai mangsa banjir selama 5 hari. X dinafikan memang banyak sangat kelemahan di pusat penempatan banjir ni. Tapi xpelahh, asalkan me dan keluarga selamat sudahhh.. Syukur Alhamdulillah .. Sekarang me dekat rumah.. Kena laa plak settle kan air-air dalam rumah ni. Hujan pun dah xde dan cuaca pun da ok.. Jomlaa ye kite berkemas.. hehehe~