Thursday 16 January 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

   Blogspot merupakan pengalaman baru bagi saya. Masa mula-mula nak buat dulu, saya hampir putus asa kerana banyak perkara asas saya tak faham dan susah nak buat. Akhirnya, setelah berkali-kali mencuba, saya berjaya juga memahami dan membuat sendiri mengikut tutorial-tutorial yang di berikan. Di sini saya hendak berkongsi 3 ilmu blogspot yang telah saya belajar. Rupanya ia cukup mudah untuk diikuti dan kita haruslah rajin untuk mencubanya ..

EFEK CSS3 - COOL BADGE UNTUK BLOGGER
Saya menggunakan cool badge ini untuk mengalu-alukan kedatangan pembaca ke blog saya. Efek ini nampak menarik dan saya menggunakan perkataan yang cukup ringkas.


KELOPAK BUNGA BERGUGURAN
   Saya berasa amat seronok sekali bila dapat membuat sendiri kelopak bunga berguguran ni mengikut tutorial yang di beri. Sebelum ni saya pelik bagaimana blogger-blogger ini menghasilkannya tetapi sekarang tidak lagi. Saya sudah pun mempraktikkannya di blog saya sendiri. Kita cuma perlu copy dan paste kod yang diberi ke dalam ruangan HTML/javascript ..

LETAK GAMBAR DI SIDE BAR
   Bagi para blogger yang inginkan blogger-blogger lain mengenali mereka, bolehlah menggunakan teknik ini untuk meletakkan gambar mereka. Cukup senang, semudah ABC .. =)
        i) Sign in blogger
       ii) Dashboard - layout - add a gadget - HTML/javascript
      iii) Copy dan paste kod di bawah di ruangan HTML/javascript
               <center><img src="URL gambar anda"/></center>

    Saya berharap dengan perkongsian blogspot saya yang tidak seberapa ini dapat membantu blogger-blogger baru seperti saya belajar sedikit demi sedikit. Banyak tutorial yang telah di sediakan untuk kita mempelajarinya dan selebihnya atas usaha kita untuk mencuba .. =)

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.comDikbee.comAbangEnsem.comEjamOthman.comSaji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.comMawardiYunus.comMiziSempoi.comDindaMaisarra.blogspot.comEcadwinkyasha.comTerbaek.netDuniaFarisya.comPaly.myPhat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my. 

1 comment:

Unknown said...

perkongsian yg menarik
Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia